BIDOR: Tiga buah rumah kedai sederet musnah dalam kejadian kebakaran dekat pekan Bidor, di sini, petang semalam.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Negeri Perak, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, kebakaran tersebut membabitkan farmasi, kedai perabot dan salon.
Katanya lagi, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.53 petang sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor dengan dibantu BBP Tapah dan Slim River dikejarkan ke lokasi.
"Setibanya jentera di lokasi mendapati kebakaran membabitkan tiga buah kedai kelas A berkeluasan 30x50 kaki persegi.
"Kedai farmasi musnah terbakar sebanyak 20 peratus, kedai perabot 80 peratus dan salon 40 peratus," katanya kepada pemberita lewat malam tadi.
Beliau berkata, pasukan bomba kemudiannya diarahkan komander operasi untuk memadam kebakaran menggunakan tiga aliran 200 kaki lima pancutan.
Operasi pemadaman terkawal pada jam 6.55 petang dan operasi yang diketuai Ketua BBP Bidor, Amirul Haikal Syafiq Nordin itu tamat sepenuhnya pada jam 9.50 malam.
Aida Aziz
Thu Apr 20 2023
Tiga buah rumah kedai sederet musnah dalam kejadian kebakaran dekat pekan Bidor, petang semalam. - Gambar ihsan JBPM
AWANI Ringkas: Skim harga maksimum musim perayaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jenazah ADUN Sungai Bakap selamat dikebumi
Terdahulu, jenazah Nor Zamri dimandi dan dikafankan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) sebelum dibawa ke rumahnya yang bersebelahan Masjid Jamek Sungai Acheh.
Persekitaran produksi sistem MyInvois dibuka mulai hari ini - LHDN
LHDN memaklumkan ia menunjukkan kemajuan terkini ke arah pelaksanaan mandatori e-Invois yang akan bermula pada 1 Ogos depan.
Fitnah menteri: Mahkamah Singapura perintah adik bekas PM Singapura bayar S$400,000
Mahkamah juga mengarahkan Lee Hsien Yang membayar S$51,000 sebagai kos kepada setiap menteri.
Pearly-Thinaah harap dapat teruskan rentak
Turun selaku pilihan kedua kejohanan, mereka hanya memerlukan 31 minit untuk menumpaskan Setyana Mapasa-Angela Yu dari Australia.
Kekosongan kerusi DUN Sungai Bakap dimaklum kepada SPR esok - Chow
Setiausaha DUN Azizal Ahmad akan memaklumkan perkara berkenaan dan seterusnya kerajaan negeri menyerahkan kepada SPR bagi tindakan selanjutnya.
HUAWEI lancar pameran XMAGE terbesar di samping rai karya pengguna
HUAWEI julung kalinya melancarkan pameran HUAWEI XMAGE di Malaysia dengn tema 'A Heartwarming World, 12 Years of Huawei Photography' di samping meraikan hasil karya pengguna.
Semarakkan perpaduan menerusi Sambutan Minggu Perpaduan 2024
Kementerian Perpaduan menganjurkan Sambutan Minggu Perpaduan 2024 peingkat kebangsaan di Angsana Mall, Johor Bahru dalam usaha menyemarakkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Rangkuman hari terakhir Persidangan Nikkei & lawatan rasmi PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan delegasi Malaysia berangkat pulang ke Kuala Lumpur selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Camii, Tokyo.
Tiket perlawanan Selangor FC 'sold out' lagi
Aksi membabitkan Selangor FC menentang Negeri Sembilan dalam saingan Liga Super habis terjual. Ini merupakan perlawanan kedua berturut-turut tiket perlawanan Selangor FC habis terjual.
Dapur kantin sekolah musnah terbakar di Simpang Pulai
Dapur kantin sekolah yang berkeluasan 15 x 15 itu terbakar sebanyak 80 peratus dan tiada mangsa yang terlibat.
Wanita warga emas rentung dalam kebakaran
Seorang wanita warga emas rentung manakala 19 penghuni selamat dalam kebakaran yang memusnahkan satu blok rumah persendirian di Sibu.
Dua rumah musnah dalam kebakaran awal pagi di Langkap
Sembilan anggota dari BBP Teluk Intan dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 27 kilometer dari balai.
Lelaki rentung dalam kebakaran rumah flat di Damansara Damai
JBPM Selangor menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran melibatkan kediaman mangsa berusia lingkungan 40-an itu pada 8.58 malam tadi.
30 kereta kanak-kanak musnah terbakar
Api berjaya dikawal pada jam 3.54 pagi dan berjaya dipadam sepenuhnya jam 4.45 pagi.
Bilik guru Sekolah Agama Rakyat terbakar
Kebakaran melibatkan bangunan Sekolah Agama Rakyat kelas A berkeluasan 70x15 terbakar di bahagian bilik guru.
Remaja rentung terperangkap dalam asap tebal
Mayat mangsa berusia 15 tahun ditemukan di bahagian tingkat bawah rumah yang terbakar.
KPT sumbang RM25,000 bantuan khas bencana, bantu ringankan beban mahasiswa UniMAP
Bantuan segera tersebut bagi menyantuni keperluan mahasiswa yang menjadi mangsa susulan kebakaran yang berlaku.
Treler muatan serbuk plastik musnah terbakar di lebuh raya PLUS
Bagaimanapun, kebakaran 70 peratus treler itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.
10 pelajar terselamat bilik asrama terbakar
Kebakaran pada 3.30 pagi itu menyebabkan bilik yang menempatkan pelajar lelaki berkenaan musnah 70 peratus.